Sekapur Sirih

Sekapur Sirih

Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta kerana dengan izinNya,maka BULETIN JIP ini dapat disiapkan dengan jayanya. BULETIN JIP ini adalah anak sulung hasil perkongsian idea pensyarah JIP ke arah meningkatkan prfesionalisme perkhidmatan keguruan, khususnya di IPG Kampus Ilmu Khas. Terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Encik Mohd. On Bin Ahmad atas saranan idea dan sokongan moral untuk menjayakan E-Buletin ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang telah menyumbangkan artikel untuk keluaran kali ini.

Dari segi kandungan, E-Buletin JIP terdiri daripada 2 bahagian. BAHAGIAN PERTAMA mencakupi sumbangan artikel daripada 7 orang pensyarah JIP yang berkongsi ilmu dalam bidang psikologi ( EQ and  At Risk Students,  dan Emergent Literasi), pedagogi (Model Pengajaran Mikro dan Pemantauan Praktikum), isu pelaksanaan ISO di Institusi Pendidkan Guru dan pengaruh seorang guru terhadap kehidupan murid. Ini diikuti dengan perkongsian kepakaran oleh pensyarah dalam aspek bimbingan pedagogi dan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus menerusi  sudut KLINIK PEDAGOGI, pembentangan Model 3H dan ilustrasi PENTAKSIRAN 3H.

BAHAGIAN KE 2 pula merupakan pembentangan hasil kerja kursus guru pelatih yang terdiri daripada (i) Laporan hasil  kajian,  dan (ii) pembentangan kupasan  isu pendidikan bagi subjek ‘Budaya dan Pembelajaran’. Laporan hasil kajian guru pelatih meliputi ketidaksamaan peluang iaitu ‘Dilema dan prejudis yang dihadapi oleh murid aktif sukan’, dan ‘Murid Berkeperluan Khas.’ Selain itu pelan tindakan  yang pratikal telah dikemukakan oleh guru pelatih ke arah penyelesaian masalah.  Pembentangan  kupasan isu pendidikan seterusnya dibentangkan menerusi  tayangan video dan slide powerpoint.  Seterusnya guru pelatih telah mengemukakan refleksi mereka untuk cadangan untuk penambahbaikan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Penghargaan dan setinggi-tinggi  terima kasih ingin kami tujukan kepada Saudara Ashley Tan Chee Kuang, selaku guru pelatih semester 7 di IPIK kerana sedia membantu JIP dalam membangunkan struktur e-Buletin ini. Usaha beliau merupakan tulang belakang yang menjayakan projek e-Buletin ini.

Semoga E-Buletin ini dapat menjadi platform untuk pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan berkongsi idea, ilmu, pengalaman, dan kepakaran dan seterusnya memantapkan amalan penghayatan budaya ilmu, khususnya dalam aspek penyelidikan dan amalan bermusyawarah. Hal ini penting  ke arah peningkatan profesionalisme keguruan dalam kalangan pensyarah termasuk anak didik kita yang terdiri daripada guru dan guru pelatih. Semoga ini akan dapat membantu kita mencapai objektif  peningkatan kualiti pendidikan guru di Malaysia.

Daripada

Sidang Meja Redaksi E-Buletin

16 Mei 2012

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s