Aluan Ketua Jabatan

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK E-Buletin pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) kerana berjaya menerbitkan Buletin Jabatan Ilmu Pendidikan buat pertama kalinya. Sesungguhnya, penerbitan E-Buletin ini mencerminkan kesungguhan pihak JIP dalam menggembleng tenaga untuk menjayakan budaya kerja sepasukan.

Usaha murni ini merupakan satu saluran kepada pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan khasnya dan guru pelatih amnya

untuk menghasilkan penulisan ilmiah dan kajian mereka. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat memperkembangkan profesionalisme,  malah menghasilkan pensyarah yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan ilmiah. Melalui E-Buletin ini, pensyarah JIP akan dapat  menyumbang berita, buah fikiran, hasil kajian, analisis dan rumusan untuk dikongsi bersama seluruh pendidik dan khasnya kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas.Sumbangan daripada pelbagai pihak akan dapat menyuburkan lagi budaya menyelidik. Matlamat ini selaras dengan transformasi pendidikan menghendaki setiap warga di IPG mengamalkan penyelidikan demi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menerbitkan E-Buletin Jabatan Ilmu Pendidikan 2012. Semoga usaha murni ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan warga Jabatan Ilmu Pendidikan.

Selamat Maju Jaya.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’  

‘JIP EFEKTIF , JIP PRODUKTIF’ 

 

EN. MOHD. ON BIN AHMAD
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Malaysia
Kampus Ilmu Khas
KUALA LUMPUR

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s