Situasi 4

Bagaimana guru boleh mengelakkan diri daripada melabel murid secara tidak berpatutan?

Cikgu  Z  memaklumkan kepada pensyarah pembimbingnya  bahawa murid yang melukis gambar seperti yang ditunjukkan dalam rajah A adalah seorang murid yang bermasalah dari segi pembelajaran. Menurut Cikgu Z, murid berkenaan lembam, tidak dapat mengecam  mahupun mengeja secara tepat.

DIAGNOSIS

Menurut  Carl Roger, seorang pakar psikologi dan kaunselor yang masyhur menganggap bahawa   lukisan gambar merupakan satu media yang berkesan untuk guru dan ibu bapa memahami dunia dalaman, atau iiwa  kanak-kanak . Antaranya termasuk memahami cara kanak-kanak melihat , merasa dan memahami sesuatu.   Pendekatan tersebut   dikenali sebagai ‘Art Therapy’ – salah satu cara di mana ibubapa dan guru boleh memahami cara kanak-kanak mempersepsikan sesuatu.    Contohnya: Lukisan gambar A sebenarnya memberi petunjuk bahawa murid berkenaan mungkin menghadapi masalah dylexsia. Implikasinya ialah Guru perlu memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

Gambar  B menunjukkan bahawa perkembangan mental murid bagi lukisan ini telah mencapai perkembangan kognitif yang agak konkrik malahan mantap iaitu  ia boleh melihat sesuatu secara makro, iaitu  3D. Implikasi bagi guru dan ibu bapa ialah anak itu adalah cerdik pandai dan perlulah  ia dididik dengan bahan, sumber  dan tahap tugasan yang lebih tinggi daripada rakan sebayanya.  Sehubungan ini, adalah penting bagi ibu bapa dan guru memastikan perkembangan sosio-emosi murid berkenaan adalah seimbang.

Gambar C  menunjukkan bahawa perkembangan kognitif murid masih pada tahap pra- operasi. Ini bermakna ibu bapa perlu bersabar dan menggunakan alat bantuan dan  sumber  bercorak konkrik  dalam memberi bimbingan kepadanya.

              Gambar C

IMPLIKASI:

Wahai guru, elaklah daripada menggunakan bahasa yang bersifat melabel, menghakim dan menghukum terhadap murid yang mengamalkan tingkah laku yang luar biasa. Satu jalan keluar bagi guru ialah dengan memahami tahap perkembangan termasuk impaknya  terhadap amalan murid dalam pembelajaran. Justeru, guru dapat bersikap empati, dan mengamalkan sikap sedia menerima dan membantu murid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s