Refleksi Guru Pelatih [Refleksi P&P 21.2.2012]

Demonstrasi Penulisan Karangan Bergambar Yang Berunsurkan Afektif

 

                                                                     Cara pengajaran saya tidak mencapai objektif apabila saya meminta murid merangka karangan dengan membahagikannya kepada tiga

                                                                     isi utama iaitu “apa yang dinampak”, “apa yang didengar” dan “apakah perasaan “. Langkah saya ini telah menghalang murid daripada

                                                                    berfikir secara terbuka. Tujuan saya yang pada mulanya ingin membimbing murid menulis rangka jawapan, kini secara langsung  telah 

                                                                   menghadkan imaginasi mereka.

 

Pada hari ini, saya telah melaksanakan P&P yang telah dirancang untuk mengajar penulisan karangan bergambar yang bertajuk “lawatan ke zoo“. Saya telah menyediakan video klip berkaitan dengan binatang-binatang di zoo dan ditayangkan sebagai set induksi, tujuannya supaya menarik minat murid terhadap tajuk kami pada hari ini. Selepas itu,  saya telah menayangkan sebuah contoh karangan agar murid dapat mempelajari cara pengolahan isi menerusi penulisan orang lain. Apabila sampai ke aktiviti kumpulan, saya meminta murid memerhatikan gambar zoo yang ditayangkan dan membincangkan rangka jawapan yang boleh dibahagikan kepada tiga isi utama iaitu “apa yang dinampak”, “apa yang didengar” dan “apakah perasaan”.

Dr Tan telah memberitahu saya bahawa topik karangan yang guru pilih dalam kelas harus boleh bersesuaian dengan pengalaman murid. Oleh sebab terdapat sepuluh orang daripada murid saya yang tidak mempunyai pengalaman melawat ke zoo, maka topik ini nampak terlalu asing bagi mereka untuk menulis karangan. Mereka tidak dapat memberi gambaran tentang situasi di zoo. Keadaan ini tidak dijangka oleh saya. Maka, saya akan lebih menitikberatkan pemilihan tajuk karangan dalam pengajaran penulisan saya pada masa akan datang.

Selain itu, Dr Tan juga memberi teguran kepada saya bahawa terdapat kekurangan dalam proses P&P saya dari segi penggunaan pedagogi. Dr Tan telah menasihati saya bahawa dalam pendekatan mengajar karangan, guru perlu lebih menekankan unsur afektif dan bukan sekadar kognitif. Cara pengajaran saya tidak mencapai objektif apabila saya meminta murid merangka karangan dengan membahagikannya kepada tiga isi utama iaitu “apa yang dinampak”, “apa yang didengar” dan “apakah perasaan”. Langkah saya ini telah menghalang murid daripada berfikir secara terbuka. Tujuan saya yang pada mulanya ingin membimbing murid menulis rangka jawapan, kini secara langsung telah menghadkan imaginasi mereka.

Dr Tan telah memberi demonstrasi penulisan kepada saya dengan menekankan unsur afektif, iaitu perasaan menyukai, berasa seronok ataupun perasaan membenci. Dr Tan telah betanya soalan kepada murid saya tentang perasaan mereka terhadap monyet yang mereka nampak dalam zoo. Murid mula memberi idea walaupun bagi mereka yang tidak pernah pergi ke zoo. Ada murid yang menceritakan suka kepada monyet kerana ia mempunyai ekor yang panjang untuk dijadikan buaian. Ada pula yang berasa benci kepada monyet kerana ia sangat nakal, suka merampas makanan pelancong, dan suka kejar-mengejar. Saya sedari bahawa, apabila unsur afektif murid-murid telah dirangsang, karangan mereka boleh menjadi amat menarik. Selaku guru, saya harus boleh merangsang perasaan suka atau tidak suka mereka dan bukan hanya bercerita secara kognitif. Dr Tan telah menyedarkan saya bahawa perasaan murid  harus dirangsang untuk menulis sebuah karangan deskritif yang menarik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s