Situasi 3


Bagaimana caranya untuk  menjayakan P&P bagi penulisan karangan berjenis deskriptif?

SENARIO P&P

Cikgu Z membahagikan murid dalam ke dalam 6 kumpulan untuk menjalankan aktiviti iaitu penulisan karangan yang bertajuk ‘Lawatan Ke Zoo’.  Berpandukan gambar  diberi, murid diminta untuk memberikan isi terhadap 3 binatang dalam gambar  berteraskan  pendekatan kognitif , iaitu apa yang dilihat, didengar dan dirasa oleh mereka  terhadap setiap binatang itu. Semasa pelaksanaan P&P, didapati ada segelintir besar murid tidak menyertai perbincangan kerana mereka tidak pernah melawat zoo. Murid yang lain juga tidak mampu menceritakan pengalaman mereka dengan lancar.

DIAGNOSIS :

Kenapa penglibatan murid dalam penulisan karangan  dalam P&P di atas adalah kurang   memberangsangkan?

Kejadian ini berlaku adalah hasil daripada 2 sebab:  Sebab Pertama  ialah topik pemilihan untuk penulisan karangan  di atas adalah di luar pengalaman murid  memandangkan 10 daripada 40 orang murid tidak pernah mengunjungi zoo. Sebab kedua ialah  bahawa dalam pendekatan mengajar karangan jenis deskriptif , guru perlu lebih menekankan unsur afektif dan bukan sekadar menekankan kognitif.  Cara guru  meminta murid merangka karangan dengan membahagikan isi karangan kepada tiga isi utama iaitu “apa yang dinampak”, “apa yang didengar” dan “apakah perasaan “. Langkah tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan daya imaginasi murid, khususnya membatasi murid daripada berfikir secara  bebas dan terbuka selain diberi peluang untuk menghubung kaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan pandangan mereka. Proses menulis secara menyeronok sebenarnya lebih didorongkan oleh faktor afektif, atau cita rasa murid daripad penekanan kepada unsur kognitif.

IMPLIKASI

Kejadian masalah  di atas secara tidak langsung  membayangkan masalah guru dari segi kepakaran  ilmu, khususnya penguasaan ilmu  terhadap bidang  bahasa  yang diajar yang merangkumi aspek pemahaman, karangan, nahu dan lisan.   Lebih-lebih lagi pemahaman guru terhadap fungsi pengajaran bahasa , iaitu sama ada pengajaran bahasa  lebih dianggap sebagai  satu proses latih tubi untuk mengisi keperluan peperiksaan, mahupun sebaliknya iaitu mengembangkan daya berkomunikasi dalam kalangan murid agar dapat berkongsi idea, perasaan, pengalaman dan pandangan baik secara lisan mahupun menerusi penulisan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s