Refleksi Guru Pelatih

Refleksi Pengajaran nahu : Pendekatan induktif atau deduktif

 

                                     … Jikalau saya memberikan contoh-contoh yang sesuai, memulakan kelas dengan menayangkan banyak gambar

                                         jenis perbuatan dan meminta murid menceritakan kata kerja yang ditunjukkan dalam gambar, maka minda murid

                                        akan terangsang dan dengan pantasnya mereka boleh menguasai ilmu ini

 

 

Hari ini merupakan penyeliaan kali pertama Dr Tan ke atas kelas Bahasa Melayu saya. Saya telah mengajar tajuk “kata kerja transitif”. Saya memulakan kelas dengan menguji tahap pengetahuan murid tentang kata kerja sebelum meneruskan P&P Kata Kerja Transitif saya. Murid-murid pandai telah memberikan banyak contoh kata kerja kepada saya (menulis, melukis, menyanyi ……). Selepas itu, saya mengaitkan kata kerja dengan petikan yang ada dalam buku teks. Saya meminta murid-murid membaca petikan tersebut. Saya menjelaskan kepada murid tentang dua jenis kata kerja yang ada iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Murid didedahkan dengan pengetahuan di mana kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek dan kata kerja tak transitif pula diikuti dengan keterangan. Murid diberi contoh ayat. Kemudian, murid diminta mencari kata kerja transitif yang ada dalam petikan dan menjelaskan apakah objek yang diikutinya. Ketika aktiviti kumpulan pula, guru telah menayangkan sekeping gambar pengayuh beca yang sedang membawa seorang pelancong. Murid-murid diminta bekerja dalam kumpulan dan membina 3 ayat yang mengandungi kata kerja transitif berdasarkan gambar tersebut, ahli kumpulan berbincang dan menulis ayat di atas kad manila dan membentang jawapan mereka di hadapan.

Pensyarah pembimbing saya, Dr Tan telah menunjukkan kelemahan P&P saya. Menurut Dr Tan, cara pengajaran saya bersifat deduktif. Apabila saya bermula dengan memberitahu hukum kepada murid, ini tidak merangsangkan pemikiran murid. Mereka hanya didedahkan kepada satu “formula” dan diminta mengaplikasikannya, justeru P&P akan menjadi kurang berkesan. Ilmu yang diajar hanya dikuasai oleh murid yang cerdik pandai tetapi bagi murid yang kurang pandai memang tidak dapat menguasainya.

Dr Tan telah menasihati saya bahawa pengajaran nahu sebenarnya lebih sesuai dilaksanakan melalui pendekatan induktif. Jikalau saya memberikan contoh-contoh yang sesuai, memulakan kelas dengan menayangkan banyak gambar jenis perbuatan dan meminta murid menceritakan kata kerja yang ditunjukkan dalam gambar, maka minda murid akan terangsang dan dengan pantasnya mereka boleh menguasai ilmu ini. Apabila strategi pengajaran induktif diterapkan, guru sebenarnya tidak perlu menghuraikan isi pelajaran tetapi hanya mempelbagaikan jenis contoh khusus yang mengandungi ciri yang sama. Melalui contoh-contoh khusus gambar yang mengandungi kata kerja transitif yang mencukupi dan bersesuaian, murid-murid akan terangsang dan memberikan contoh ayat yang mengandungi kata kerja transitif mereka sendiri. Ini akan membimbing/membawa murid untuk  mencari satu kesimpulan yang umum (kata kerja transitif diikuti dengan objek).

Selain itu, ketika menjalankan aktiviti kumpulan, saya juga melakukan satu kesilapan bahawa gambar yang saya tayangkan terlalu susah untuk dihuraikan oleh murid. Dr Tan menasihati saya supaya menyediakan bahan yang boleh dihubungkaitkan dengan tahap perkembangan murid. Gambar pengayuh beca terlalu sukar dan tiada hubungkait dengan pengalaman murid. Apabila mereka tiada pengalaman, maka tiada ayat yang boleh digeneralisasikan. Saya akan mengingati teguran Dr Tan bahawa guru bukan sekadar pakar ilmu, tetapi pada masa yang sama juga perlu bertindak sebagai pakar psikologi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s