Situasi 1

KLINIK PEDAGOGI

 

SITUASI  1:

Apakah pendekatan yang lebih berkesan bagi pengajaran nahu

 : Induktif atau deduktif ?

 

Setelah tamat pengajaran, keluhan  Cikgu Z ialah Penyertaan murid  dalam P&P adalah kurang memberangsangkan.   Banyak murid tidak dapat menjalankan tugasan dalam kumpulan. Mereka tidak dapat membina ayat yang mengandungi kata kerja transitif  berpandukan gambar dalam buku teks.  Ada murid pula menggulung kad manila untuk menjadi speaker, yang lain berbisik-bisikan  dalam kelompok kecil.

 

SENARIO

(i)  Sebagai set induksi  Cikgu Z  memulakan pengajaran ‘kata kerja transitif di kelas

4S  dengan menanyakan murid  kata kerja yang mereka telah  tahu.

(ii) Seterusnya,Cikgu Z   menerangkan makna kata kerja dan kategorinya yang terdiri  daripada kata kerja transitif dan bukan transitif.

(ii)  Sebagai langkah permulaan,  Cikgu Z meminta murid-murid dalam kelas membaca buku teks bersama beliau.

(iv) Sebagai langkah perkembangan, murid diminta masuk ke dalam kumpulan untuk membina lima ayat berpandukan gambar dalam buku. Tatkala itu, pelbagai tingkah laku murid  yang tidak diingini telah dikesan seperti diperihalkan di atas.

 

DIAGNOSIS

Mengapa penyertaaan murid dalam  kerja kumpulan  penulisan ayat adalah kurang merangsangkan?  Hal ini berlaku adalah kerana Cikgu Z   telah melakukan kesilapan dari segi penggunaan strategi ,  khususnya adalah  penggunaan  antara pendekatan induktif dengan deduktif.

PRESKRIPSI

Pada dasarnya, bagi  pengajaran kandungan  yang abstrak , seperti pengajaran di atas yang melibatkan pembezaan konsep  dalam kata kerja transitif,   pendekatan pengajaran yang lebih berkesan ialah terus menghubung kait   kandungan pengajaran dengan pengalaman sedia ada pada murid, atau terus memberi murid terus satu pengalaman pengajaran yang berkonteks. Contohnya, murid dalam kelas  ditunjukkan satu gambar yang bertemakan senario di pasar. Seterusnya murid-murid  ditanyakan soalan mengenai aksi (perbuatan atau kata kerja)  watak dalam gambar. Antara contoh soalan yang boleh ditanya adalah seperti:   Apakah yang  watak dalam gambar buat?  (Contoh: membeli sayur/ menjual ikan/ daging/ sayur …..) . Pendekatan pengajaran tersebut dikenali sebagai  pendekatan induktif. Ianya adalah bertentangan  dari segi penekanan  dalam pendekatan deduktif   seperti yang telah digunakan oleh Cikgu Z di atas. Pendekatan deduktif menekankan penerangan hukum  diikuti dengan pemberian contoh. Pendekatan tersebut hanya sesuai untuk murid yang mempunyai daya pemahaman kognitif yang tinggi. Ia tidak bersesuaian untuk murid yan lemah  dan berjenis kinestetik mahupun visual space.

Tinggalkan komen