Refleksi Guru Pelatih

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF SECARA HANDS-0N

 

                                                                P&P saya adalah jenis berpusatkan guru. Kaedah yang saya gunakan kurang efektif

                                                                kerana saya telah menyediakan  banyak  bahan termasuk video, peta minda menceritakan jalan

                                                               cerita, lembaran kerja, soalan dan termasuklah jawapan kepada murid. Ini menyebabkan murid

                                                              tidak menyumbangkan idea dalam kelas dan kebanyakan daripada mereka hanya memegang

                                                              watak sebagai pendengar sahaja.

 

Pada 14 Februari 2012, saya telah menjalankan aktiviti P&P dalam kelas 4S bagi subjek Bahasa Cina dibawah pemerhatian Dr Tan buat kali ke-2. Objektifnya memerlukan murid-murid memahami jalan cerita dalam teks dan mengenali nilai moral di sebaliknya. Dr Tan telah menasihatkan saya bahawa pelaksanaan P&P saya adalah jenis berpusatkan guru. Kaedah yang saya gunakan kurang efektif kerana saya telah menyediakan banyak bahan termasuk video, peta minda menceritakan jalan cerita, lembaran kerja, soalan dan termasuklah jawapan kepada murid. Ini menyebabkan murid tidak menyumbangkan idea dalam kelas dan kebanyakan daripada mereka hanya memegang watak sebagai pendengar sahaja. Selepas murid -murid melihat cerita yang ditayangkan, saya telah bertanyakan beberapa soalan. Namun, soalan  yang saya tujukan hanya dijawab oleh beberapa orang murid tertentu sahaja.

Seterusnya, saya menjalankan  aktiviti kumpulan dengan meminta murid menyiapkan lembaran kerja yang saya edarkan. Murid bergerak agak lambat dan ini menunjukkan mereka kurang berminat apabila diminta berbincang dan menulis jawapan dalam kertas. Pada masa itu, Dr Tan telah memberi nasihat kepada saya untuk menukar cara pengelolaan aktiviti  kumpulan kepada pendekatan pembelajaran koperatif. Murid diminta menulis jawapan pada papan hitam. Guru pula memegang watak sebagai fasilitator. Kemudian, murid sendiri yang menjadi guru, menyemak jawapan yang diberikan oleh rakan lain dari setiap kumpulan, membetulkan jawapan rakan dan memberi markah.

Murid-murid diberi kriteria untuk memberi gred. Apabila mereka memberi gred kepada kumpulan lain, guru akan mempertanyakan rasional mereka mengapa memberi markah sedemikian. Murid berfikir dari pelbagai sudut penilaian. Apabila ditanya sebab mereka memberi markah rendah kepada kumpulan rakan. Pelbagai rasional dikemukakan oleh mereka, contohnya seperti  salah ejaan, rakan kumpulan hanya menyalin jawapan bulat-bulat daripada teks dan terdapat kesalahan tanda bacaan digunakan. Murid-murid menjadi bersemangat apabila markah kumpulan dipertandingkan. Secara langsungnya, penglibatan murid secara aktif dalam kerja kumpulan telah memupuk daya pemikiran murid selain  meningkatkan kompetensi murid dalam mengaplikasikan ilmu. Walaupun bukan kesemua murid dapat menyumbang idea, akan  tetapi kesemua  mereka mengamalkan sikap kolaboratif dan bertindak secara aktif dalam kerja kumpulan masing-masing.

Saya sendiri berasa terpegun atas perubahan sikap belajar murid. Rupa-rupanya cara guru mengendalikan kelas sangat mempengaruhi minat belajar murid. Cara yang ditunjuk oleh Dr Tan memberi kesan serta-merta ke atas murid saya. Murid yang biasanya pendiam di dalam kelas turut menyertai aktiviti kumpulan. Saya berasa amat berterima kasih terhadap bimbingan Dr Tan yang telah menyedarkan saya bahawa selain “menyuapkan” murid pengetahuan, adalah lebih berkesan jika murid secara initiatifnya ingin belajar dan mempelajari ilmu antara satu sama lain bersama rakan-rakannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s