Situasi 2

KLINIK PEDAGOGI

SITUASI 2:

Apakah resipinya untuk menjayakan pengajaran berpusatkan aktiviti?

SENARIO

Cikgu A membahagikan murid dalam kelas kepada enam kumpulan untuk perbincangan isi kandungan  bagi karangan bergambar  ‘Lawatan ke zoo’.  Murid dikehendaki untuk menjalankan perbincangan berpandukan pendekatan , iaitu  ‘ apa yang  kamu lihat/ dengar dan rasa bagi ketiga-tiga binatang dalam gambar .  Dalam sesi pembentangan mengikut kumpulan  , walaupun  kesemua murid diminta oleh guru   untuk tampil ke depan kelas untuk mengikuti pembentangan, akan tetapi   terdapat dua kumpulan murid tidak mahu berbuat demikian. Kenapa hal ini berlaku?

 

ISU 

            Walaupun pelaksanaan P&P adalah berpusatkan aktiviti, kenapa penglibatan murid dalam kerja kumpulan dan dalam aktiviti tetap kurang aktif?.

DIAGNOSIS

Penglibatan murid secara optima hanya akan berlaku sekiranya aktiviti yang diadakan memperlihatkan kepelbagaian atau variasi  dari segi jenis  aktiviti yang  diadakan.  Persoalan bagi   P&P  di atas ialah kesemua murid dalam enam kumpulan diminta melakukan aktivit yang sama, iaitu berbincang berpandukan acuan atau pendekatan yang sama bagi gambar yang sama diikuti dengan pembentangan isi kandungan kumpulan.   Dalam kata lain, isi kandungan yang dibentangkan adalah berulang-ulang. Sebagai guru, cuba guru bayangkan  diri ialah murid dalam kelas ini. Sekiranya anda dikendaki untuk mengikuti pembentangan isi kandungan yang hampir sama bagi kesemua enam kumpulan, bagaimana perasaan anda?  Tidak dapat dinafikan bahawa hal ini merupakan satu pengalaman yang membosankan.

PRESKRIPSI

Antara cara untuk menghadapi cabaran di atas ialah adakan variasi atau kepelbagaian dari segi jenis  aktiviti  yang diadakan. Perbuatan ini adalah perlu demi memberikan  murid satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Dalam kes pembentangan isi karangan bergambar di atas, kepelbagaian aktiviti sebenarnya boleh merangkumi perbincangan aspek yang berlainan bagi kumpulan yang berlainan. Contohnya kumpulan A boleh menceritakan pengalaman dan perasaan mereka di zoo dengan ular, kumpulan B terhadap monyet, kumpulan C terhadap harimau dsb.

 

IMPLIKASI

Dalam usaha untuk menjayakan  pelaksanaan P&P, guru perlu berlagak sebagai seorang psikologis, peka terhadap keperluan psikolog murid. Selain itu, guru perlu mahir mengintegrasikan  elemen  seperti perasaan ingin tahu, keseronokan, kepelbagaian  aktiviti  dalam pelaksanaan P&P. Pertimbangan sedemikian dalam perancangan P&P adalah perlu demi memupuk penyertaan murid yang aktif dalam kelas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s