Nota Kaki

NOTA  KAKI   KLINIK PEDAGOGI

              Pendidikan merupakan satu proses engineering dalam membentuk, justeru menghasilkan modal  insan yang bukan sahaja memperlihatkan perkembangan  murid dari segi JERIS, malah potensi yang terpendam dalam diri setiap murid dapat dikembangkan. Sejauh mana pelaksanaan P&P guru yang  dihasilkan oleh institutsi pendidikan guru dapat menjayakan peranan guru sebagai pengamal ilmu, selain  berlagak sebagai pakar psikologi yang mahir  dalam merangsangkan minat dan jiwa murid terhadap pembelajaran?

Dalam usaha mengasahkan diri sebagai seorang guru yang penuh kompeten, diagnosis pedagogi di atas jelas menunjukkan guru perlu mendalami psiologi kanak-kanak, khususnya peka dengan tahap perkembangan dan keperluan murid.  Hanya dengan kepekaan  tersebut ,  guru  baru dapat  memahami, perangai murid. Justerus baru guru berkeupayaan untuk meramal,  mengubah dan membentuk murid mengikut acuan tingkah laku yang diingini.

Pembentangan diagnosis P&P di atas jelas juga menunjukkan bahawa perancangan P&P yang berkesan perlu memberi perhatian kepada aspek pedagogi, khususnya penggunaan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan subjek diajar termasuk tahap perkembangan murid.  Antara aspek pedagogi yang perlu dipertimbangkan meliputi  penguunaan , pendekatan dan teknik pengajaran. Strategi pengajaran boleh berpusatkan guru, murid, aktiviti dan bahan. Manakala bagi  pendekatan pengajaran, guru perlu mahir dalam membezakan antara pendekatan induktif, deduktif and antara kedua-dua itu yang dikenali sebagai elektif.  Akhirnya teknik pengajaran meliputi aspek seperti  cara memberi arahan, mengajukan soalan dan tahapnya, termasuk cara motivasikan murid  serta cara memberi pemudahcaraan  secara efektif.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s