Dilema Dihadapi Murid Aktif Sukan

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2

2.0

Kaedah Kajian

3-4

3.0

Pengenalan Konsep

5-6

4.0

Analisis Data

7-12

5.0

Refleksi

13

6.0

Pelan Tindakan

14-16

7.0

Rumusan

17

8.0

Rujukan

18

 

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

“DILEMA DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID AKTIF SUKAN”

Oleh

                                  SYAFIQ ZAINAL  (G5.11)

 

1.0 PENGENALAN

Pada tanggal 13 Mac 2012, saya telah menjalani praktikum selama sebulan di Sekolah yang terletak di daerah Ampang, Selangor Darul Ehsan.Sekolah tersebut dikategorikan sebagai Sekolah Kawasan Bandar. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang bersaiz sederhana dan mempunyai pelajar seramai lebih kurang 786 orang murid. Sekolah itu juga menempatkan seramai 35 orang guru lelaki dan wanita.

Majoriti pelajar di sekolah tersebut adalah pelajar melayu yang beragama islam namum terdapat juga pelajar pelbagai kaum yang belajar di sekolah tersebut. Sekolah tersebut juga mempunyai kepebagaian sosio budaya daripada pelbagai latar belakang.

Sehubungan dengan itu, saya telah diamanahkan untuk menjalankan satu kajian pada semester ini bagi subjek budaya dan pembelajaran terhadap fenomena ketaksamaan peluang pendidikan yang terdapat berlaku di sekolah.

Justeru itu, bagi mendapatkan maklumat dan bukti kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual.

2.0 KAEDAH KAJIAN

 2.1 Kaedah Pemerhatian

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pemerhatian bermaksud mengamati sesuatu. Pemerhatian adalah satu tingkah laku manusia yang menilai sesuatu keadaan benda atau kejadian di sesuatu tempat. Kaedah pemerhatian ini saya jalankan secara tidak langsung dan langsung sepanjang saya berada di sekolah berkenaan. Contohnya, saya akan membuat pemerhatian secara tidak langsung ketika saya mengajar ataupun ketika saya sedang rehat untuk makan di kantin sekolah. Pemerhatian secara langsung saya lakukan contohnya seperti membuat pemerhatian menyeluruh suasana di sekolah tersebut terutamanya ketika pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan kepada pelajar bersama nota di atas tangan ketika mempunyai masa senggang.

Melalui kaedah ini, saya dapat memerhatikan berlakunya unsur ketidak samaan peluang pendidikan yang terdapat di sekolah saya. Fenomena yang paling ketara adalah tahap pencapaian akademik pelajar yang aktif sukan amat rendah dan mereka seolah-olah dianak tirikan. Mereka sering dihukum denda kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan guru seolah-olah mengajar secara sambil lewa kepada golongan pelajar ini. Malahan, sekolah ini seolah – olah menganggap golongan pelajar ini mencacatkan peratusan pemarkahan sekolah berkenaan.

2.2 Temu Bual

An interview is a piece of social interaction with one person asking another a number of questions and the other person giving answers (Therese L. Baker, 1999). Temubual ialah sebahagian daripada interaksi sosial dengan seorang individu bertanyakan kepada seseorang yang lain seberapa banyak soalan  dan individu yang lain memberikan jawapan.Temu bual adalah lagi satu kaedah kajian yang saya gunakan untuk pengumpulan data. Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan.Malahan, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif.

Bagi kaedah temu bual ini, saya telah menjalankan kaedah ini secara tidak formal dan secara tidak langsung. Contohnya saya telah bertanyakan secara rawak kepada guru yang akan masuk mengajar pelajar yang mempunyai kelas yang penuh dengan pelajar aktif sukan dengan soalan ‘ cikgu seperti tidak gembira memasuki kelas ini?’ ‘ Pelajar – pelajar aktif sukan ini mengganggu P&P kelaskah?. Saya juga telah memilih beberapa orang murid untuk melakukan kaedah ini dan memastikan kaedah ini tercapai.Saya telah membuat pertanyaan kepada murid tersebut dan transkrip temu bual itu ada saya lampirkan pada bahagian lampiran.

2.3 SoalSelidik

Kaedah soal selidik adalah merupakan satu medium yang paling mudah dan senang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjalankan kajian.Kaedah soal selidik ini boleh dilaksanakan bagi setiap lapisan umur pelajar.Perkara yang penting yang perlu disediakan adalah borang soal selidik.Borang soal selidik tersebut terkandung semua soalan dan juga perkara yang ingin dikaji oleh pengkaji agar murid-murid dapat menjawab dengan betul dan tepat.

Saya telah menyediakan borang soal selidik dan mengedarkan kepada 20 orang pelajar tahun 5 daripada kelas yag berbeza. Pemilihan kaedah ini adalah untuk memudahkan pelajar disamping dapat memberikan jawapan yang lebih tepat untuk pengkaji.Namun, maklumat pelajar telah saya rahsiakan dan dilampirkan pada lampiran.

3.0 PENGENALAN KONSEP

 3.1 Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif (Amaljaya 2009).Manakala Ketaksamaan peluang dalam pendidikan merupakan satu sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.Tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah yang sempurna kerana terdapat pelbagai kekangan yang berlaku.Oleh itu, ketaksamaan ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata mahupun sosialisasi mereka.

3.2 Faktor dan Implikasi

Kumpulan minoriti adalah kumpulan kecil dalam sesebuah masyarakat dan tidak berupaya mempengaruhi kumpulan etnik lain. Contohnya Orang Asli yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Sebahagian besar masyarakat ini mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi pencapaian dalam pendidikan, tahap akademik mereka amat rendah dan jauh ketinggalan.Keadaan ini berlaku kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan yang kurang lengkap.Bekalan elektrik, air bersih, jalan raya dan bilik darjah belum sempurna.Di samping itu, keciciran sekolah juga menjadi faktor yang menghalang kemajuan pendidikan. Daripada kenyataan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, minat belajar dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli masih berada di tahap yang rendah di mana kadar keciciran ialah 45 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus.

3.3 Perkaitan Sekolah Kajian

Di sekolah kajian yang dilakukan, terdapat perbezaan daripada kecenderungan pelajar.Justeru itu, wujudnya 1 sosio budaya yang baru dalam kalangan mereka. Maksud sosio budaya menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah hubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain).Justeru itu, perbezaan kecenderungan pelajar ini terhadap sukan berbanding pencapaian akademik telah menimbulkan jurang dan permasalahan yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan.

3.4 Kelas Sosial

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Hal ini wujud apabila segolongan individu tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca – punca pengeluaran. Ahli sosiologi menyatakan bahawa kelas sosial merujuk kepada kelompok individu yang mempunyai kedudukan yang sama dalam sistem ekonomi.Faktor kelas social ini juga mencetuskan kecenderungan pelajar terhadap sesuatu perkara contohnya bidang fizikal seperti bidang sukan yang rata-rata merupakan golongan kelas pertengahan dan bawahan.

4.0 ANALISIS DATA

4.1 FENOMENA DAN ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN YANG DIKENAL PASTI.

Fenomena yang paling ketara yang saya kenal pasti ialah dari segi amalan guru dan kepimpinan guru besar yang kurang peka dan tidak profesional terhadap perbezaan kepelbagaian sosio – budaya diantara murid.Ianya memberi implikasi secara langsung terhadapkelompok pelajar yang aktif di dalam bidang sukankeranaguru yang tidak menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak bersifat profesional.Guru-guru mengambil sikap sambil lewa dengan meletakkan sikap prejudis dan diskriminasi terhadap kelompok pelajar yang aktif dalam bidang sukan yang dianggap nakal, kurang pandai, malas dan sebagainya.Mereka sering kali didenda akibat gagal menyiapkan kerja rumah tanpa mengenal pasti punca masalahnya.Malahan, system denda yang dikenakan tidak efisyen dan menyebabkan berlakunya jurang hubungan diantara pelajar dan guru lantas memberikan implikasi kepada guru dan murid itu sendiri hasil daripada kecuaian guru itu sendiri.Di sini saya akan menjelaskan factor mengapa kelompok pelajar ini lemah dalam pencapaian akademik dan berpunca daripada berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan.

Rajah 4.1.1 Faktor – Faktor Fenomena Diskriminasi Terhadap Pelajar Aktif Sukan

            Kebanyakkan pelajar yang aktif dalam bidang sukan akan terlepas waktu P&P mereka. Ini adalah kerana mereka akan menjalani latihan pasukan sekolah pada waktu P&P dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, kekerapan latihan itu akan menjadi lebih kerap apabila semakin dekat dengan hari pertandingan. Malahan, pertandingan dijalankan pada hari persekolahan ataupun hari P&P dijalankan. Hal ini menyebabkan mereka ketinggalan berbanding rakan – rakan mereka yang lain. Tambahan pula, berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan kepada beberapa orang murid sukan, rata – rata mereka ini tidak hanya aktif pada 1 sukan sahaja. Pelajar lelaki yang aktif didalam sukan bola sepak contohnya, akan secara automatic berbakat dalam bidang olahraga. Begitu juga dengan pelajar perempuan yang aktif dalam sukan bola jarring. Untuk sukan bola baling dan aktiviti sukan yang lain kebanyakkannya juga adalah pelajar yang sama. Lantas menyebabkan mereka ketinggalan banyak masa untuk P&P lebih – lebih lagi jika mereka layak ke pusingan peringkat seterusnya seperti daerah, negeri dan kebangsaan. Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah sikap guru yang seolah – olah tidak senang duduk apabila golongan pelajar ini kembali menjalani aktiviti P&P mereka. Guru seolah – olah menyalahkan mereka apabila mereka mengajukan persoalan kepada guru terhadap soalan yang mereka tidak faham. Guru juga akan mempengaruhi rakan sebaya mereka dengan memberikan gambaran buruk dan contoh yang tidak baik sekaligus melemahkan semangat mereka untuk belajar.

Kelas sosial yang berbeza mempengaruhi peluang pendidikan kepada murid – murid.Saya telah menjalankan soal selidik kepada 20 responden yang terdiri daripada pelajar yang berbeza kelas.Saya telah memilih 5 orang bagi setiap kelas tahun 5.Sekolah berkenaan mempunyai 4 buah kelas tahun 5.Kelas tersebut di asingkan daripada kelas yang mempunyai peratusan cemerlang kepada peratusan yang kurang cemerlang.Kelas A merupakan kelas paling cemerlang dalam peratusan akademik manakala kelas D paling kurang cemerlang.Terdapat 4 soalan di dalam borang soal selidik tersebut, iaitu (i) Adalah adakah anda mewakili pasukan sekolah dalam mana2 aktiviti? (2)  adakah wang belanja yang diberi kepada anda setiap hari lebih RM 2. (3) Adakah anda menghadiri kelas tuisyen?Dan soalan (4): Adakah anda mempunyai computer di rumah?

Jadual  4.1.1 (Adakah anda mewakili pasukan sekolah anda?)

            Berdasarkan Jadual 4.1.1, ternyata pelajar yang berada di kelas berperatusan cemerlang kurang mewakili pasukan sekolah manakala pelajar yang mewakili pasukan sekolah rata-rata berada di kelas yang peratusan kurang cemerlang.Jelaslah menunjukkan pelajar yang tidak aktif dalam sukan mempunyai pencapaian akademik yang baik. Ini adalah kerana mereka tidak mewakili sekolah seterusnya tidak ketinggalan dalam proses P&P.

Jadual  4.1.2 (Adakah wang belanja yang diberi kepada anda lebih RM 2.00?)

Berdasarkan pada graf 4.1.2, ternyata bahawa pelajar yang berada di kelas yang berperatusan cemerlang merupakan keluarga yang mewah berbanding dengan kelas berperatusan rendah yang rata-ratanya adalah pelajar yang aktif dalam sukan dan mewakili pasukan sekolah.

Jadual  4.1.3 (Adakah anda menghadiri kelas tuisyen?)

            Berdasarkan Jadual 4.1.3 pula, rata-rata kelas yang penuh dengan pelajar yang aktif sukan tidak menghadiri kelas tuisyen berbanding pula dengan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.Hal ini adalah kerana ketidakmampuan ibu bapa mereka untuk menghantar mereka ke kelas tuisyen akibat daripada kekangan kewangan.

Jadual  4.1.4 ( Adakah anda mempunyai computer dirumah?)

Akhirnya berdasarkan pada Jadual 4.1.4 pula menunjukkan kelas yang cemerlang mempunyai bekalan ICT dirumah manakalah kelas yang kurang cemerlang hanya segelintir sahaja dibekalkan bekalan ICT dirumah.

Berdasarkan keempat-empat graf tersebut, jelaslah disini bahawa pelajar yang aktif sukan merupakan pelajar yang kelas social yang tidak mewah. Justeru itu, ibu bapa mereka tidak mampu menampung kos untuk menghantar mereka ke tuisyen, memberikan mereka keperluan ICT dan membekalkan nutrisi yang cukup untuk pemakanan anak mereka. Temu bual yang dijalankan juga mendapati rata-rata pelajar yang aktif sukan ini berjalan kaki atau hanya berbasikal untuk datang ke sekolah.Ini mungkin menyumbangkan mereka aktif dalam sukan kerana mereka melakukan senaman yang tidak dirancang untuk pergi dan balik kesekolah.

Oleh kerana rata-rata pelajar yang aktif dalam sukan ini adalah daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah, mereka ini dipinggirkan oleh rakan sebaya kerana berpenampilan yang agak kusam dan kurang menarik.Tambahan pula, mereka kerap berpeluh menyebabkan mereka berbau. Hasil daripada pemerhatian yang saya buat, pelajar lain beranggapan bahawa mereka hanya tahu bersukan dan tidak mengendahkan pelajaran mereka. Mereka juga menganggap mereka ini pelajar yang nakal.Ini adalah kerana pengaruh dan gambaran ketidak profesional guru yang melabel merekan dan bersikap prejudis serta diskriminasi golongan pelajar yang aktif sukan ini.

Faktor penting yang terakhir ialah sikap prejudis guru.Wujud diskriminasi yang jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah berkenaan.Mereka yang mengajar sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sambil lewa dan menempatkan golongan pelajar yang aktif bersukan ini di tempat yang kurang kondusif. Mereka hanya memberikan lembaran kerja kepada mereka dan kurang menerangkan isi pengajaran kepada mereka.

5.0 REFLEKSI

Berdasarkan pada penulisan analisis data, ternyata golongan pelajar yang aktif dalam sukan ini menjadi mangsa ketidaksamaan peluang pendidikan.Golongan ini tidak diberikan perhatian malahan banyak pihak yang terlepas pandang terhadap golongan ini. Sedangkan golongan inilah yang akan menjadi generasi baru yang berkemungkinan bakal mengharumkan nama Negara dipersada antarabangsa seperti yang dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei. Negara beriya- iya melaungkan majulah sukan untuk Negara namun perkara ini tidak di lihat daripada peringkat akar umbinya.Golongan pelajar seperti ini hanyalah dilihat sebagai pelengkap sesebuah sekolah untuk mewakili aktiviti sukan yang diwajibkan oleh Majlis Sukan Negara.

Disamping kita berbangga dengan pelajar yang mencapat SPM yang cemerlang, UPSR yang cemerlang, PMR yang cemerlang, mengapa tidak kita juga berbangga dengan pelajar yang Berjaya memenangi pertandingan antarabangsa.Contohnya Zulfadli yang baru-baru ini memenangi kejohanan dunia badminton untuk kategori junior. Bukannya tiada usaha yang dilakukan, saya sebenarnya tertarik dengan program 1 sukan 1 pelajar yang diwal-walkan oleh kerajaan, namun tiada komitmen yang relus dalam menangani isu ini.

Perkara ini sebenarnya sudah lama berlanjutan sejak daripada saya berada dibangku persekolahan lagi.Saya merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan namun minat saya dipadamkan oleh ramai pihak terutamanya guru.Saya dihalang bersukan pada satu ketika dan sering diberikan tanggapan prejudis bahawa pelajar sukan ini nakal.Tiada sokongan daripada pihak guru besar mahupun guru. Pelajar sukan ini amat berpotensi dalam bidang akademik ini juga namun akibat daripada kekangan yang mereka hadapi mereka akan terus tertinggal dan tertinggal. Seharunya, langkah perlu diambil dengan segera supaya tiada lagi istilah pelajar sukan yang menjadi mangsa ketaksamaan peluang pendidikan.Pelajar sukan ini hendaklah diiktiraf supaya mereka lebih bersemangat sejajar dengan pelajar yang hanya tertumpu pada kokurimulum. Namun begitu, saya berharap perkara ini akan berubah kelak kerana anak-anak ini adalah asset Negara pada masa akan datang.

6.0 PELAN TINDAKAN

Sebagai seorang guru besar haruslah bersikap profesional dan memahami bahawa kepelbagaian sosio – budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap kelompok pelajar yang aktif di dalam bidang sukankeranaguru yang tidak menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak bersifat profesiona.Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak pada guru itu sendiri.Sebagai seorang guru perkara – perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, haruslah sejajar dengan objektif yang perlu dicapai oleh guru tersebut.Meletakkan sikap prejudis dan diskriminasi bukanlah jalan yang betul.Justeru itu, sebagai seorang bakal guru yang mengikuti amalan profesional keguruan.Disini saya telah menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan lagi peluang peningkatan bagi golongan pelajar yang aktif dalam bidang sukan ini.

Pelan tindakan yang pertama adalah dibuat kelas tambahan untuk golongan pelajar yang ketinggalan P&P kerana menjalani latihan sukan ataupun mewakili pasukan sekolah ke pertandingan sukan.Kelas tambahan ini dijalankan 30 minit selepas tamat sesi persekolahan.Kelas ini diadakan untuk memberikan bimbingan dan perhatian yang lebih kepada golongan pelajar ini. Guru ditugaskan secara bergilir mengikut hari dan subjek untuk pelajar sukan ini. Guru tersebut perlulah membuat perancangan dan strategi yang mampu menarik minat pelajar sukan dan mampu meningkatkan ilmu mereka. Pendekatan ini juga mampu mengurangkan jurang diantara murid dan guru kerana guru dan pelajar akan berada lebih dekat.

Pelan yang kedua ialah melantik rakan pembimbing kepada pelajar sukan berkenaan. Pelajar yang cemerlang akan dilantik untuk menjadi pembimbing kepada pelajar sukan yang ketinggalan. Pendekatan ini dilakukan kerana disamping dapat membantu pelajar cemerlang itu untuk lebih cemerlang dan mesra pelajar, kita juga dapat memupuk semangat setiakawan dan menerima sosio budaya yang berbeza dalam kalangan pelajar tersebut. Malahan, pendekatan menggunakan pelajar juga akan memberi keselesaan pelajar tersebut kerana terdapat juga sifat pelajar yang malu dengan orang yang dewasa.

Pelan yang ketiga pula ialah tarikh pertandingan yang diubah kepada hari cuti atau pada waktu petang.Ini adalah kerana terdapat beberapa buah daerah di Malaysia yang menggunakan pendekatan ini bagi tidak mengganggu P&P pelajar dan ternyata ianya mampu mengurangkan kesan ketaksamaan peluang pendidikan.Namun, ianya memerlukan pengorbanan daripada seorang guru untuk bertugas pada hari minggu.Ianya tidak menjadi masalah jika kerajaan juga menyokong aktiviti yang dijalankan pada hari cuti ini dengan memberikan inisiatif kepada guru yang terlibat.Disamping itu juga, pelajar dapat mengisi masa lapang mereka di hujung minggu tanpa tidak terjebak dengan gegala social yang tidak sihat.

Untuk pelan yang keempat pula ialah pelajar sukan diiktiraf disekolah. Maksud saya diiktiraf disini  ialah pelajar sukan diberikan anugerah dan pengiktirafan sejajar dengan pelajar yang cermerlang di dalam akademik. Pelajar sukan akan di sambut seperti seorang wira jika Berjaya mengharumkan nama sekolah. Selain daripada itu, pelajar sukan diberikan ganjaran seperti set alatan sukan sekolah selaku penghargaan kepada mereka. Dengan cara ini, pelajar akan bersemangat dan akan merasakan mereka bukanlah golongan kelas yang terpinggir. Pelajar akan mula mendekati mereka sekali gus akan meningkat semangat mereka untuk belajar dan disamping mengharumkan nama sekolah.

Pelan yang kelima ialah pelajar yang sangat berpotensi dimasukkan ke sekolah sukan khas.Idea ini kedengaran seperti sudah diaadakan sperti sekolah sukan bukit jalil dan sebagainya.Namun begitu, sekolah berkenaan hanyalah dijalankan ketika pelajar meningkat ke sekolah menengah.Bagi saya, saat yang kritikal adalah ketika pelajar berada di sekolah rendah.Di sekolah rendah ini merupakan tahap mereka mulai belajar asas untuk menempuh pembelajaran seterusnya.Justeru itu, sekolah sukan khas ini perlulah diadakan.Disamping itu, mereka mampu mengasah bakat mereka dalam bidang sukan selain daripada peningkatan akademik mereka.

Pelan yang terakhir ialah menubuhkan organisasi atau kelab.Organisasi ini terdiri daripada pelajar dan juga komuniti. Organisasi ini adalah bertujuan mengumpul dana dan menjalankan program untuk pelajar yang cenderung dalam bidang sukan supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang akademik. Contoh aktiviti organisasi ini ialah memberikan bantuan dana untuk kelas tambahan ataupun tuisyen kepada pelajar yang aktif dalam bidang sukan. Selain daripada itu, dana boleh di perolehi daripada penglibatan pelajar itu sendiri dalam pertandingan terbuka yang di anjurkan oleh organisasi sukan yang lain. Namun begitu, sokongan penuh daripada pihak kerajaan dari pelbagai segi juga amatlah diperlukan untuk menjayakannya.

Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan. Budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.Saya sebagai guru besar haruslah memastikan semua guru dan saya sendiri memahami skop yang dinyatakan.

7.0 KESIMPULAN

Fenomena ketidaksamaan peluang pendidikan ini perlu ditangani dengan segera sebelum menjadi semakin parah.Semua pihak harus bersama berganding bahu dalam mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan ini dan tidak meletakkan beban di atas bahu guru sahaja supaya peluang pendidikan dalam kalangan murid seimbang dan selaras dengan peredaran masa global.

Kajian yang saya lakukan terhadap pelajar sukan adalah Cuma sebahagian kecil golongan yang menjadi mangsa fenomena ketidaksamaan peluang pendidikan.Namun perkara ini sudah berlanjutan tanpa disedari dan sehingga kini usaha yang dilakukan hanyalah seperti memalit cuka di lautan.Tiada usaha penuh yang dilakukan. Namun begitu, saya berharap agar bukan sahaja golongan sukan ini sahaja yang akan dapat pengiktirafan namun golongan lain juga akan diperjuangkan.

Ini adalah kerana fenomena ini berlaku banyak punca.Antaranya ilahah disebabkan oleh factor taraf sesial ekonomi, amalan guru dan kepimpinan guru besar yang kurang peka terhadapa pengaruh sosio-budaya daripada latar belakang kalangan murid. Selain daripada itu, factor georgrafi dan amalan budaya di sekolah juga merupakan factor penghalang kea rah mewujudkan peluang pendidikan yang sama untuk golongan murid yang terdiri daripada pelbagai kelompok social yang meliputi kaum, jantina dan kelas social yang berlainan.

Justeru itu, langkah – langkah drastic dan efisyen perlulalah diambil dengan bantuan dan kesedaran kesemua pihak agar generasi baru tidak akan semakin kebelakang sebaliknya semakin maju kehadapan dan akan mampu untuk memberikan sumbangan kepada Negara kelak. Malahan, generasi akan datang akan lebih agresif dan mampu untuk mencapai wawasan yang di war warkan iaiut wawasan 2020.

Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka.(1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa   dan Pustaka.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan   

tingkah    Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khalid, H. (n.d.). Bagaimana Memastikan Sekolah Selamat. Dilayari pada Mac 16,        2012, daripada  Reocities:      http://reocities.com/Eureka/promenade/1212/sselamat.html

Tan, Ai Mei (2010). Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan : Idea, Contoh dan Aplikasi Teori. Shah Alam: Oxford Fajar .

Peranan ICT Dalam Pendidikan. (n.d.). Dilayari pada Mac 16, 2012, daripada    Scribd.com:             http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-            PENDIDIKAN

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan Pembelajaran. Selangor:             Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kelas :

Borang Soal Selidik

Arahan : Sila tandakan         pada kotak yang disediakan untuk jawapan yang betul.

YA/ TIDAK

  1. Adakah anda mewakili pasukan sekolah anda dalam bidang
    sukan?
  1. Adakah wang belanja yang diberikan kepada anda setiap hari
    melebihi RM 2.00?
  1. Adakah anda menghadiri kelas tuisyen di luar?
  1. Adakah anda mempunyai computer di rumah?

                                                                       

 

Transkrip Temu Bual

Pengkaji        : Selamat sejahtera pelajar.

Pelajar           : Selamat sejahtera cikgu.

Pengkaji        : Awak suka bersukan?

Pelajar           : Suka.

Pengkaji        : Selain sukan olahraga ini, awak suka terlibat dengan sukan lain?

Pelajar           : Saya terlibat dengan bola sepak dengan bola baling cikgu.

Pengkaji        : Cikgu-cikgu lain tidak marah awak tidak masuk kelas?

Pelajar           : Cikgu-cikgu lain akan marah.

Pengkaji        : Macam mana awak tahu cikgu – cikgu lain marah?

Pelajar           : Diorang akan denda saya sebab asyik tidak masuk kelas pasal kerja
kerja sekolah selalu tidak siap.

Pengkaji        : Kenapa awak tidak siapkan?

Pelajar           : Saya tidak faham macam mana nak buat.

Pengkaji        : Mintalah guru ajarkan.

Pelajar           : Nanti cikgu marah, cikgu cakap padan muka siapa suruh main    sampai tidak masuk kelas.

Pengkaji        : oh, macam itu ke?

Pelajar           : a’ah cikgu.

Pengkaji        : ok, terima kasih

Pelajar           : Sama-sama cikgu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s