Teori Sosial Modeling RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek: Kemahiran Hidup

Tahun : 5

Tajuk : Jahitan

Tarikh: 20/8/2010

Masa : 30 minit

Nilai Murni : Bekerjasama, tolong menolong dan yakin diri

 

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :

Menyebut 3 jenis jahitan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu jenis jahitan.

 

Kemahiran Sedia Ada: 

Murid boleh mengunting kain dan boleh memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

 

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 

  1. Menggunting kain.
  2. Memasukkan benang ke dalam jarum.
  3.  Menjahit jahitan jelujur halus dan jahitan jelujur kasar.
  4.  Menjahit jahitan sembat.

 

 

 

 

 

AKTIVITI

Permulaan pembelajaran

SET INDUKSI: 

  1. Guru menunjukkan beberapa barangan maujud seperti baju, tudung dan seluar.
  2. Guru meminta murid menyebut nama-nama barangan tersebut.
  3. Guru sengaja menggoyakkan sedikit jahitan tepi baju.
  4. Guru menguji murid dengan bertanya bagaimana jahitan tepi baju itu akan dapat dicantumkan semula.
  5. Murid memberikan jawapan mereka.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 

  1. Guru memberikan setiap murid sebatang jarum dan benang lalu meminta mereka

memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum sambil di pantau oleh guru.

  1. Guru meminta murid menyerahkan semula benang yang telah di masukkan ke dalam lubang jarum tadi.
  2. Guru menerangkan kegunaan jarum dan benang adalah untuk menjahit.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid.

  1. Guru memberitahu hari ini murid akan belajar tiga jenis jahitan sementara yang di namakan jahitan jelujur dan jahitan silang pangkah serta jahitan  sembat.
  2. Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid.

 

 

 

 

 

 

Langkah Pertama

  1. Guru menerangkan terdapat pelbagai jenis jahitan dan menyebut pelbagai jenis jahitan asas.
  2. . Guru menunjukkan cara untuk menjahit jelulur di hadapan murid.

Langkah Kedua

  1. Guru menerangkan kepada murid tentang peraturan yang mereka perlu di ikuti semasa  berada di dalam bengkel dan peralatan yang akan di gunakan bagi memastikan keselamatan murid.
  2. Guru mengedarkan peralatan yang akan di gunakan iaitu jarum jahit, benang, kain dan gunting.
  3. Guru mengarahkan murid sekali lagi memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum masing-masing.
  4. Murid membuat jahitan jelulur di atas dengan pemantauan dan bimbingan daripada guru.

Langkah Ketiga

  1. Guru membimbing mereka untuk menjahit jahitan sempat pada bahagian yang telah dilipat dan telah dijahit dengan jahitan jelujur kasar tadi.
  2. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.

Latihan dengan Bimbingan: 

Murid menjahit dengan bimbingan guru bagi mendapatkan teknik jahitan yang sebenar.

Latihan Kendiri: 

  1. Murid memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum.
  2. Murid menggunting sendiri kain yang di gunakan untuk di jahit.

 

 

Penutup Pengajaran: 

  1. Guru meminta murid memberitahu semula nama-nama jahitan yang telah mereka pelajari tadi.
  2. Guru mengingatkan semula kepada murid tentang peraturan yang perlu mereka patuhi, semasa menggunakan peralatan untuk menjahit terutamanya jarum dan gunting.

** Aktiviti pengaplikasian dalam kehidupan harian

     Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan:

Murid tahu kegunaan jahitan dalam kehidupan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. A.    TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL MODELING

Definisi Pembelajaran

Secara umumnya,learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning (Marton & Booth, 1997; dalam buku Fry et al., 2003), dan oleh itu pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Terdapat lima jenis teori pembelajaran yang dikemukan oleh tokoh yang berlainan antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Konstruktivis, Teori Kognitif, Teori Humanis dan Teori Sosial Modeling.

Teori Pembelajaran Sosial Modeling

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986). Beliau menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. “Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behavior’ ( Bandura 1986, 1997). Teori sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori behavioris bersama dengan teori kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Secara semulajadi, manusia belajar melalui proses peniruan. Individu bukan sahaja meniru tingkah laku yang baik malah tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Albert Bandura, menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

 

Gambar 1: Gambar di bawah merupakan urutan gambar eksperimen anak patung Bobo

 

 

Rajah 1: Eksperimen patung Bobo

 

 

Pembelajaran peniruan yang disarankan dalam Teori Sosial Modeling , terdapat  5 jenis peniruan, antaranya ialah peniruan:

Melalui proses perhatian

Meniru gaya penyanyi yang disanjungi

 

Melalui imaginasi atau  pemerhatian secara tidak langsung

Meniru watak yang dibaca dalam buku memerhati seorang guru  mengajar rakannya

 

Menggabung TL yangberlainan. Peniruan langsung dan tidak langsung

Pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripda buku yang dibacanya.

 

TL yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja

Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah.

 

TL yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.

Pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 2 : 5 jenis-jenis peniruan.

  1. A.    MEMENUHI KEPERLUAN PERBEZAAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM PERANCANGAN P&P : .

Dalam melaksanakankan aktiviti pembelajaran yang berpandukan teori ini, kami telah mengambil kira perbezaan individu dari segi gaya pembelajaran berkenaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi keperluan perbezaan individu, kami telah menggunakan teknik VAK iaitu Visual, Aural dan Kinestetik.

 

I.         Visual – kami menggunakan bahan-bahan maujud seperti baju, tali leher dan tuala bagi merangsang dan menarik minat murid yang hebat dalam pengamatan visual. Dalam langkah pengajaran pula, kami menunjukan cara-cara menjahit secara langsung kepada murid.

 

II.         Aural – kami menggunakan teknik memberi arahan bagi murid yang boleh menggunakan deria dengar yang baik. Kami memberikan arahan dalam setiap langkah pengajaran di mana murid akan mendengar dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

 

 

III.         Kinestetik – kami menggunakan teknik peniruan langsung di mana murid yang tidak boleh duduk diam akan mengikuti pelajaran yang diajar. Dengan ini, murid yang jenis kinestetik juga boleh mengikuti pembelajaran dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

Contoh pengaplikasian teknik VAK dalam pelaksanaan P&P adalah seperti berikut:

 

Gambar  1 : Penerangan diberikan

oleh guru

Gambar 2 : Murid dibahagikan kepada

4 kumpulan

 

 

 

 

 

.

 

 

Gambar 3 : Demonstrasi cara jahit

ditunjukkan oleh guru

Gambar 4 : Penghargaan diberikan

oleh guru terhadap hasil

jahitan murid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. B.    TEORI  SOSIAL MODELING: PENDEKATAN, STATEGI DAN KAEDAH DALAM PERANCANGAN P&P

 

 

Pendekatan yang kami aplikasikan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori sosial modeling ialah pendekatan induktif. Contohnya, kumpulan kami telah menunjukkan beberapa helai pakaian yang berjahit serta alat-alat jahitan bagi merangsang pemikiran  murid dan memberi gambaran secara keseluruhan mengenai pembelajaran. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, murid mengalami satu proses mental yang memerlukan mereka memerhati kain-kain yang berjahit dan alat-alat jahitan seperti jarum, benang dan kain seterusnya mereka dapat memperoleh satu generalisasi iaitu mereka akan belajar tentang jahitan asas iaitu jahitan silang pangkah.

STRATEGI PENGAJARAN

 

 

 

 

 

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kami rancangkan, kami yakin bahawa keempat-empat strategi tersebut boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran  jahitan asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 yang berasaskan Teori Sosial Modeling. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran jahitan asas memerlukan:

 

Berpusatkan Guru

Guru perlu menjadi ketua yang mampu memberi arahan kepada murid supaya berkumpul di suatu tempat di dalam untuk melakukan demonstrasi tentang jahitan asas. Strategi yang digunakan oleh kami ialah demonstrasi. Murid diarahkan untuk berkumpul di sebuah meja sambil memerhatikan demonstrasi jahitan asas silang pangkah yang kami lakukan.

 

Berpusatkan Murid

Murid terlibat secara aktif dalam aktiviti jahitan asas. Setiap murid mesti menjahit jahitan silang pangkah secara individu.

 

Berpusatkan Aktiviti

Murid melakukan aktiviti jahitan secara individu setelah kami ajar jahitan silang pangkah kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan aktiviti jahitan yang diajar.

 

 

 

 

Berasaskan Teori Sosial Modeling, kaedah demonstrasi merupakan satu kaedah yang sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini paling sesuai untuk diaplikasikan dan diperakukan oleh Bandura (1961,dalam Ormond,2007) dalam buku Murid dan Alam Belajar yang mencadangkan pembelajaran melalui pemerhatian yang mengkehendaki guru sebagai rol model amat berkesan kerana murid akan menumpukan perhatian kepada model dan memproseskan input sebelum melakukan perkara yang dipelajari.

 

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran jahitan asas silang pangkah kami melakukan demonstrasi jahitan silang pangkah di suatu sudut di dalam kelas yang membolehkan semua murid melihat cara menjahit jahitan silang pangkah. Di samping memerhati kami menjahit, murid juga dapat mendengar penerangan guru tentang langkah-langkah jahitan tersebut. Sekiranya murid tidak memahami sesuatu langkah yang diajar, murid boleh menanyakan soalan terus kepada kami dan pertanyaan tersebut akan kami jawab secara langsung kepada murid berkenaan. Hal ini jelas menunjukkan terdapat komunikasi dua hala dan interaktif antara guru dan murid.

 

Pendekatan visual merupakan satu aspek penting dalam proses pendemonstrasian. Murid dapat melihat langkah-langkah pempelajaran secara jelas dan realistik serta maujud sekaligus memenuhi keperluan individu yang bersifat visual. Kaedah demonstrasi ini juga memberikan pengalaman secara langsung kepada murid yang akan menjadi pengalaman yang bermakna dalam diri murid. Pengalaman sebenar yang dialami oleh murid dalam melakukan aktiviti jahitan membolehkan murid senang mengingat langkah-langkah jahitan silang pangkah tersebut. Di dalam buku hasil karya Dr Tan Ai Mooi, (2010), terdapat satu rangkai kata yang sangat bertepatan dengan kaedah demonstrasi ini ialah saya dengar, saya lihat, saya hanya boleh mengingati 10% hingga 20% isi pengajaran cikgu, saya buat, saya berkongsi dan saya mengajar orang, pemahaman dan ingatan saya meningkat dari 50% hingga ke 90%”.

 

Oleh hal yang demikian, pengetahuan tentang jahitan silang pangkah yang kami ajarkan kepada murid dapat diaplikasikan dengan membuat penilaian terhadap jahitan tersebut dan mengarahkan murid yang menguasai pembelajaran ini dengan cepat mendemonstrasikan balik langkah jahitan silang pangkah di hadapan kelas atau di hadapan rakan-rakan yang kurang menguasai pembelajaran tersebut. Perkongsian ilmu yang dilaksanakan akan mengukuhkan lagi ingatan terhadap pembelajaran tentang jahitan silang pangkah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D. PENERAPAN NILAI MURNI DAN UNSUR KBKK

 

Penerapan nilai-nilai murni  dalam pelaksanaan P&P yang berkenaan jahitan asas silang pangkah adalah terancang seperti yang berikut:

 

**Huraian lanjut sila rujuk lampiran A refleksi kumpulan  dan refleksi kendiri.

Penerapan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif termasuk pemikiran reflektif bagi memenuhi perancangan p&p adalah seperti berikut :

 

 

 

 

REFLEKSI SAYA TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN TEORI SOSIAL MODELING

NAMA: NORFAUZIATUL AKMA BT MOHD NOOR

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr Tan Ai Mooi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan panduan kepada kumpulan kami mengenai Sosial Modeling.  Panduan dan bimbingan yang diberikan meliputi aspek perbezaan individu, gaya pembelajaran, kawalan kelas serta cara menguruskan murid semasa proses  pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan. Selain itu juga, kami didedahkan tentang pengetahuan yang  berkaitan dengan 4 teori lain iaitu, teori kognitif, teori konstruktivis, teori behavioris dan teori humanistik. Bagi menjayakan proses P&P di dalam kelas kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan. Oleh yang demikian kami telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang berpandukan teori sosial modeling. Menurut Albert Bandura, teori pembelajaran sosial merupakan proses pembelajaran melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.

Pada pendapat saya, teori sosial modeling ini merupakan guru dijadikan sebagai teladan kepada murid dari pelbagai aspek yang meliputi aspek lisan, tingkah laku dan personaliti. Setiap butir bicara guru yang baik atau tidak serta tingkah laku positif atau negatif yang ditunjukkan oleh guru akan diperhatikan seterusnya akan ditiru oleh murid. Ibarat kata pepatah “Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Pepatah ini kelihatan agak kasar, namun hakikatnya adalah sedemikian iaitu murid adalah cerminan bagi seseorang guru sama ada baik atau tidak.

Saya memilih teori permodelan sosial kerana teori pembelajaran ini merangkumi dua teori iaitu teori behavioris dan juga teori humanis yang amat berkait  rapat dengan pembelajaran kanak-kanak di dalam kelas. Dengan gabungan antara kedua-dua teori tersebut, teori permodelan sosial dapat diaplikasikan secara menyeluruh dan lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam teori permodelan sosial ini, terdapat pelbagai unsur peniruan seperti peniruan secara langsung, peniruan secara tidak langsung, peniruan gabungan dan sebagainya yang dapat dicontohi oleh murid secara berulang-ulang melalui perwatakan manusia atau ‘human’.

Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kelebihan dapat dilihat melalui teori permodelan sosial ini. Antara kelebihannya ialah, murid berasa seronok apabila dapat melakukan aktiviti jahitan asas secara praktikal yang saya ajar. Melalui aktiviti ini murid mendapat pengalaman secara langsung dan juga mengaplikasikan jenis peniruan secara langsung. Selain itu, murid juga mendapat gambaran dan pengalaman secara langsung tentang cara menjahit jahitan silang pangkah. Di samping itu, pengalaman menjahit jahitan ini menjadi pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup kerana mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas di samping memupuk semangat kerjasama serta membina keyakinan diri. Pengalaman tersebut mampu membantu murid lebih mengingati pembelajaran tersebut.

Selain mempersiapkan diri dari pelbagai aspek untuk menjadi penyampai ilmu yang pakar, aspek lain seperti perbezaan individu, gaya pembelajaran serta strategi juga perlu ditekankan. Di dalam sesebuah kelas terdapat pelbagai individu yang berbeza seperti individu yang berminat terhadap aktiviti berkumpulan atau sebaliknya. Selain itu, terdapat juga amalan murid yang berfikir secara menumpu, mencapah, asimilasi dan beroientasikan tindakan. Dengan terdapatnya perbezaan individu tersebut maka, gaya pembelajaran juga akan menjadi lebih pelbagai. Oleh sebab itu, sesi pengajaran ini dimuatkan dengan aktiviti memperkenalkan alat-alat jahitan bagi memenuhi keperluan murid yang bersifat visual. Manakala aktiviti jahitan yang dilakukan oleh murid yang melibatkan pergerakan tangan  pula untuk memenuhi keperluan pelajar yang bersifat kinestatik. Manakala bagi memenuhi gaya pembelajaran murid bersifat auditori, arahan diberi dengan jelas supaya murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Pendekatan dan strategi yang digunakan ialah eklektik iaitu gabungan antara deduktif dan induktif. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Pendekatan ini melibatkan guru sebagai pembimbing dan model semasa melaksanakan aktiviti jahitan, manakala murid terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan diri dalam aktiviti jahitan tersebut.

Sebagai seorang insan yang bergelar manusia, sudah semestinya mempunyai pelbagai kelemahan diri sepanjang melaksanakan dan mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Semasa mengadakan aktiviti untuk mengenal pasti jenis-jenis peniruan yang terdapat dalam teori permodelan sosial, kelemahan saya ialah arahan yang disampaikan tidak begitu jelas sehingga menyebabkan murid tidak memahami perkara yang perlu dibuat oleh mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran terganggu kerana murid mula menunjukkan reaksi yang keliru dan tidak faham akan tugasan yang diberikan. Hal ini jelas kelihatan apabila saya melakukan pendekatan ekspositori atau penerangan tentang jahitan silang pangkah. Strategi yang saya gunakan kurang berkesan disebabkan oleh kelemahan dan kesilapan diri saya iaitu kurang mahir dalam menyusun atur arahan yang hendak disampaikan supaya menjadi lebih jelas. Hal tersebut juga telah menyebabkan saya mengalirkan air mata kerana tidak dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mantap seperti yang diharapkan oleh Dr Tan. Saya menjadi lebih emosional apabila Dr Tan menaruh harapan yang sangat tinggi dan yakin bahawa saya mampu melakukan sesi pengajaran yang terbaik. Walaubagaimanapun, perkara yang diinginkan terjadi sebaliknya. Hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Dr. Tan Ai Mooi yang sangat pakar dalam bidangnya iaitu Ilmu Pendidikan, segala kelemahan diri dapat diperbaiki. Penambahbaikkan yang dilakukan adalah seperti berikut:

Dr. Tan telah memperbetul arahan yang diberikan menjadi lebih pendek dan jelas serta berfokus.

 

Di samping itu, saya juga telah mempelajari satu perkara yang amat penting iaitu kawalan kelas dan juga bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui perspektif murid.

 

Berikutan daripada itu, Dr Tan menyarankan saya supaya saya mengubah cara demonstrasi dalam keadaan berdiri ditukar dalam keadaan duduk supaya setiap murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi jahitan silang pangkah yang ditunjukkan.

 

Selain itu, saya juga perlu memperbaiki dari segi keyakinan diri semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

 

Keyakinan diri dapat dibentuk melalui latihan yang berulang dan mendapatkan ilmu yang banyak daripada pelbagai rujukan melalui buku-buku di perpustakaan dan merujuk kepada orang perseorangan yang pakar dalam ilmu pengetahuan seperti Dr. Tan Ai Mooi.

 

RUJUKAN

Choong Lean Keow PhD.(2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana  Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s