Kerja Kursus Murid

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK KURSUS: MURID DAN ALAM BELAJAR

KOD KURSUS           : EDU 3103                SEMESTER   : 2

 

  1. A.    Hasil Pembelajaran Kursus
  2. Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
  4. Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  5. Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pegajaran dan pembelajaran.
  6. Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran.
  7. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

 

  1. B.    Objektif Kerja Kursus Pendek
  2. Merancang aktiviti pembelajaran untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasil pembelajaran program berikut: 2 (2.1, 2.2, 2.3, 2.4); 5 (5.1, 5.2, 5.3, 5.4, 5.5); dan 6 (6.1, 6.2)
  3. Melaksanakan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang selaras dengan hasil pembelajaran program berikut: 2 (2.1, 2.2, 2.3, 2.4)
  4. Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk laporan reflektif selaras dengan hasil pembelajaran program berikut: 7 (7.2, 7.3, 7.4, 7.5)

Secara khususnya, kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 3, 4, 5 dan 6.

 

 

 

 

 

 

 

  1. C.    Tugasan Kerja Kursus Pendek  (100%:Wajaran 50%)

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada penghayatan seseorang guru terhadap teori-teori pembelajaran, penguasaan ilmu tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran, motivasi serta pengaplikasian pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran.

Sehubungan itu, demi memantapkan kemahiran guru ke arah pembentukan guru yang efektif, anda dikehendaki melengkapkan tugasan-tugasan berikut.

Sub-tugasan

i. Perancangan aktiviti pembelajaran (20%) – HEAD-ON

Secara kumpulan ( 3/4 orang dalam satu kumpulan),  anda dikehendaki menyediakan satu perancangan aktiviti pembelajaran yang menampakkan pengaplikasian unsur-unsur berikut:

(a)  Pilih satu daripada lima teori yang dipelajari.

(b)  Jelaskan bagaimana teori tersebut boleh memenuhi keperluan perbezaan indvidu dan gaya pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(c)  Seterusnya, dengan menggunakan nota-nota ringkas atau bahan grafik yang bersesuaian nyatakan pendekatan, strategi dan satu kaedah pembelajaran yang berkenaan dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori yang telah dipilih.

(d)  Nyatakan nilai-nilai murni dan unsur KBKK yang boleh diterapkan dalam setiap aktiviti yang telah dirancang.

 

ii. Pembentangan aktiviti pembelajaran  (50%)  HANDS-ON

Setiap ahli kumpulan dikehendaki melaksanakan satu aktiviti pembelajaran di atas dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk jangka masa tidak lebih daripada 10 minit. Penilaian secara individu akan dijalankan.

Pembentangan bermula pada minggu 7 hingga minggu 8.

 

iii. Penulisan Reflektif  (30%)  HEART-ON

Secara individu anda perlu menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan dalam bentuk laporan reflektif.

Aspek-aspek yang perlu dibincangkan dalam penulisan reflektif ialah:

  • Menilai  kelebihan dan kelemahan kendiri pelaksanaan aktiviti pembelajaran tersebut.
  • Memberi cadangan/pendapat bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran anda.
  • Perbincangan anda haruslah merangkumi aspek-aspek pengaplikasian teori pembelajaran, perbezaan individu, gaya pembelajaran serta pendekatan dan strategi yang digunapakai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s